Friday, July 9, 2010

.......SEORANG DIA - 1


DIA....yang aku kenal 20 tahun dahulu, seorang yang terlalu ringkas. ringkas pakaiannya...ringkas makannya...ringkas kehidupannya...ringkas patah perkataannya. tiada temujanji di restoran makanan segera...apatah lagi di pusat beli-belah, jauh sekali ke taman-taman bunga. juga, tiada ungkapan penuh madah...tiada juga pemberian bermakna di hari-hari teristimewa. cuma satu...dia akan tiba dalam tempoh 10 minit, dari subang jaya ke ss2 andai sewaktu berbicara melalui telefon, mendapat tahu yang aku masih lagi berperut kosong kala tengahari mahupun malam. juga, tidak pernah membiarkan aku ke mana-mana berseorangan tanpa ditemaninya. pernah sekali..atas alasan tidak mahu menyusahkan dirinya, aku balik ke ss2 dengan menaiki teksi....dan tanpa aku sedari, rupa-rupanya teksi yang aku naiki diekorinya hingga aku selamat sampai ke depan rumah. cemburu....??? tidak sekali-kali...! dia tahu....sebelum dia, aku pernah berteman dan guraunya: mereka hanya peneman yang menemani tapi bukan pemilik yang memiliki.

DIA....juga tidak pernah menjanjikan apa-apa kerana katanya, dia tidak punya apa-apa untuk diberikan padaku selain hatinya dan dirinya.....serta kudratnya. apa yang ada padanya....itulah yang akan diberikan padaku. andai hidup bersamanya, penuh dengan dugaan dan cabaran...terima dengan penuh keredhaan dan andai dilimpahi rezeki...bersyukurlah dengan nikmat diberikan. janjinya cuma satu.....padaku akan diberikan, budi seorang suami!