Thursday, December 29, 2011

.......elegi rindu.



Dalam sepi...
suaraku berlagu gelisah.

Dalam diam...
kataku bersyahdu gundah.

Dalam sunyi...
rinduku berbaur resah.

kerna....
waktu bagaikan terhenti
di saat hati ini
turut, dikau bawa pergi.

mengharapmu kembali
bersama jambangan puisi
mewarna emosi
mengharum memori
terasa berkurun menanti.......!


~arief maher~
  nov 7, 2011

 

........RASA



 
ombak rasa
menggulung kenangan
menghempas cinta
di pantai rindu..........!


~arief maher~
  Dis 7, 2011
  alor star : 8.43am

Saturday, November 19, 2011

.....menanti titipan



 
titipkan peri
saat kau kembali
menjejak kaki
merehat jasmani
merawat rohani
di ruang sepi
setia menemani
tanpa iri.......
 
 
~arief maher~
nov 8, 2011
5.44pm

Saturday, October 29, 2011

.......melerai rindu.







cuba aku
melerai rindu
di hujung seru
  getar namamu.......


~arief maher~
Okt 4, 2011

Thursday, October 13, 2011

bagaimana mungkin........



bagaimana mungkin
mengosong hati
sarat rindu
padamu....

bagaimana mungkin
melupus silam
penuh kenangan
denganmu....


bagaimana mungkin
menghakis kasih
masih tersisa
terhadapmu......!


 
 
~arief maher~
shah alam
                                              

 
 

Tuesday, May 31, 2011

SAHABAT.......(2)









sahabat......
demi umur yang kian singkat
sama-sama kita merenungi hakikat
yang masa kita amatlah dekat
tertanya-tanya adakah kita sempat
bertemu dan berkumpul setempat
bercerita tentang kenangan yang terpahat
suka duka pahit manis kekal tersemat
antara rindu yang belum terubat
antara dendam yang dalamnya kesumat.....!!






~arief maher~

Thursday, March 17, 2011

.......sepagi di Jabatan Pendaftaran Negara.



 
Mengemis waktu menanti gilir 
dalam dingin nyaman hawa 
berlapik empok labuh punggung 
dan mata enak menjamu gelagat 
antara sabar serta kalut 
hiruk suara anak-anak melepas onar 
di gemerlapan kilat marmar 
yang langsung menguis jauh 
nguap ngantuk mengiringi bosan yang cuba-cuba menyapa....!
 
 
~arief maher~
17hb. March 2011
 
 
 
                                                                                                                

 

Friday, March 11, 2011

JIKA KAU INGIN TAHU.............: MELUR JELITA DATANG.......JENG JENG JENG....!

JIKA KAU INGIN TAHU.............: MELUR JELITA DATANG.......JENG JENG JENG....!

MELUR JELITA DATANG.......JENG JENG JENG....!

Mengenali Melur Jelita di persada FB....sekaligus turut menarik diriku untuk mengikuti setiap luahan yang dicetuskan di blog beliau. Menarik dan bersahaja.....dan lain dari yang lain. Membawa pelbagai cerita dan petua buat kongsian bersama.....tanpa ada sekelumit jemu malahan dengan sendirinya, senyum hadir menghiasi durja......mengusir langsung-langsung muram yang cuba-cuba untuk mengintai.
 


Saturday, February 5, 2011

ASAL USUL SOLAT

































SUBUH


















Orang  yang  pertama  mengerjakan  sembahyang  Subuh  ialah  Nabi  Adam  a.s.  Iaitu  tatkala  baginda
keluar  dari  syurga  lalu  dihantar  ke  bumi.  Perkara  pertama  yang  dilihatnya  ialah  kegelapan  dan
baginda  berasa  takut  yang  amat  sangat.  Apabila  fajar  Subuh  telah  keluar,  Nabi  Adam  a.s  pun
bersembahyang  2  rakaat.
















Rakaat pertama         :  Bersyukur  baginda  kerana  terlepas  dari  kegelapan  malam.
Rakaat kedua :  Bersyukur  baginda  kerana  siang  telah  menjelma.







































DZOHOR

















Orang  yang  pertama  mengerjakan  sembahyang  Dzohor  ialah  Nabi  Ibrahim  a.s.  Iaitu  tatkala
Allah  s.w.t  telah  memerintahkan  padanya  agar  menyembelih  anaknya  Nabi  Ismail  a.s.  Sedang
seruan  itu  datangnya  pada  waktu  tergelincir  matahari,  lalu  sujudlah  Nabi  Ibrahim  4  rakaat.










Rakaat  pertama   :  Bersyukur  bagi  penebusan.




Rakaat  kedua      :  Bersyukur  kerana  dibukakan  dukacitanya  dan  juga  anaknya.
Rakaat  ketiga      :  Bersyukur  dan  bermohon  akan  keredhaan  Allah.

Rakaat  keempat  :  Bersyukur  kerana  korbannya  digantikan  dengan  tebusan  kibas.




















ASAR


















Orang  yang  pertama  mengerjakan  sembahyang  Asar  ialah  Nabi  Yunus  a.s.  Iaitu  tatkala
baginda  dikeluarkan  oleh  Allah  dari  perut  ikan  nun.  Ikan  nun  telah  memuntahkan  Nabi  Yunus
a.s  di  tepi  pantai  sedang  ketika  itu  telah  masuk  waktu  Asar.  Maka  bersyukurlah  Nabi  Yunus
a.s  lalu  bersembahyang  4  rakaat  kerana  baginda  telah  diselamatkan  oleh  Allah  s.w.t  daripada
4  kegelapan  iaitu….

















Rakaat  pertama    :  Kelam  dengan  kesalahan.




Rakaat  kedua       :  Kelam  dengan  air  laut.




Rakaat  ketiga       :  Kelam  dengan  malam.




Rakaat  keempat   :  Kelam  dengan  perut  ikan  Nun.























MAGHRIB

















Orang  yang  pertama  mengerjakan  sembahyang  Maghrib  ialah  Nabi  Isa  a.s  tatkala  baginda
dikeluarkan  oleh  Allah  dari  kejahilan  dan  kebodohan  kaumnya,  sedang  waktu  itu  telah  
terbenamnya  matahari.  Bersyukurlah  Nabi  Isa  a.s  lalu  bersembahyang  3  rakaat  kerana  
diselamatkan  dari  kejahilan  tersebut  iaitu…














Rakaat  pertama    :  Untuk  menafikan  ketuhanan  selain  daripada  Allah  Yang  Maha  Esa.
Rakaat  kedua         :  Untuk  menafikan  tuduhan  dan  juga  tohmahan  ke  atas  ibunya  Siti  Mariam


   yang  telah  dituduh  melakukan  perbuatan  sumbang.

Rakaat  ketiga      :  Untuk  meyakinkan  kaumnya  bahawa  Tuhan  itu  hanya  satu  iaitu  Allah  jua,


   tiada  dua  atau  tiga.
































































ISYAK


















Orang  pertama  mengerjakan  sembahyang  Isyak  ialah  Nabi  Musa  a.s.  Pada  ketika  itu,  Nabi
Musa  a.s  telah  tersesat  mencari  jalan  keluar  dari  negeri  Madyan,  sedang  dalam  dadanya
penuh  dengan  perasaan  dukacita.  Allah  s.w.t  lalu  menghilangkan  semua  perasaan  dukacitanya
itu  pada  waktu  Isyak  yang  akhir,  lalu  sembahyanglah  Nabi  Musa  a.s  4  rakkat  sebagai  tanda
bersyukur…..

















Rakaat  pertama   :  Dukacita  terhadap  isterinya.




Rakaat  kedua        :  Dukacita  terhadap  saudaranya  Nabi  Harun.


Rakaat  ketiga       :  Dukacita  terhadap  Firaun.




Rakaat  keempat    :  Dukacita  terhadap  anak  Firaun.

































Terbitkan  makna  dalam  kita  mengerjakan  solat  semoga  dengan  memahami  bacaan  akan  membuat
kita  lebih  khusyuk  dalam  solat. 



























  

Friday, January 28, 2011

Pantang - 2


Masih lagi dengan kisah pantang ni.....satu lagi bab yang memang aku cukup pantang, bila makan sotong.  Rasa-rasanya...dalam banyak-banyak anggota sotong tu (banyak ker...???), ramai di antara kita yang sangat suka dan begitu berminat dengan sotong yang ada telur dan juga....janggut sotong!! Mana-mana tempat pun yang kita pergi makan...tidak kira sama ada makan kat gerai atau restoran....sama ada dijemput makan kat rumah sanak sedara...kawan rakan atau jiran tetangga, bila ada hidangan sotong jer....pasti yang dicedok...disenduk mahupun disudu masuk ke dalam pinggan kita, ialah bahagian yang 'bertelur' atau pun janggut sotong. Dan....bila sebut janggut sotong, di bahagian inilah.....tersimpan pantang aku tuu.


Janggut sotong.......????

Iyerr......janggut sotonggg. Bukan sutun laa......!!

Kenapa pulak dengan janggut sotong tu.....??? 
Pantang sebab aper...??? 
Alahan ker......gatal-gatal ker...???

Tidak ler alahan......gatai-gatai pun takk.

Habis tu...??


Mmmmm.....sebabnya, kat bahagian janggut ni laa terletak 'paruh' atau gigi sotong.....dan aku cukup pantang kalau sotong yang dah dimasak...dok ada lagi benda ni. Tak dibuang waktu disiang dan dibasuh sotong tu....setakat lepas syarat buang dakwat dan tulang sotong jerr.....!!


Isskkkkk.......!!!




tengok laa rupa paruh @ gigi sotong tu.....!!



bayangkan kalau terlekat @ tersedak 'benda' ni....tajam tuuu!!

Pantang - 1

Berkenaan dengan bab-bab makan ni....terutamanya kalau makan kat luar, tak kira laa sama ada bersarapan...makan tengahari atau makan malam, andai menu yang dipesan tu berasaskan udang.....didatangkan @ dihidangkan dalam keadaan misai dan janggut udang tu masih lagi berceragah di hujung kepala udang tu....!!!! 


berceragah janggut dan 'pedang' yang tajam tu.....



Kut yer pun tak nak dikopek udang tu....sekurang-kurangnya, 'trim' laa sikit misai dan janggut udang tu, nampak ler kacak berposing kat dalam pinggan hidangan tu. Ini tidak...dah ler waktu memilih, memang rupa itu udang nyerr...belum dimandi dan didandan. Dihidangkan pun dalam keadaan dengan tak bersiap dan berdandan diri, entah-entah....'mandi' pun tidak udang-udang tu. Terus dilumur tepung dan digoreng....tidakpun, terus dihumban mandi dalam kuah tomyam tu. Iskkkkk.......tengok pada misai dan janggut yang serabut serabai tu....dalam keadaan lapar dan bersemangat nak makan, terus patah selera...!!!


aaaa.....kalau macam ni kan nampak lebih berseri...

Wednesday, January 5, 2011

........akukah yang diam?

akukah yang diam
bermukim di daerah senyap
halamanku berturap sunyi
pagarku berwarna sepi
namun...
pepohonku rendang meneduhkan angau
bungaanku mekar sarat mewangi rindu

akukah yang diam
di redup pergola harapan
setia menanti singgahnya kawanan pipit
menemani mundar lesu lara musafir
yang hancur hasratnya di simpang keadaan
yang hampa niatnya di tampi akur

akukah yang diam
ralit menghitung khilaf musafir
pada bisu anjung persoalan......????



-arief maher-
4hb. Januari 2011
6:45pm
shah alam