Tuesday, August 24, 2010

...........



merenung ke awan
mencari jitu jawapan
pada perdu persoalan
yang hilang tujuan
yang tersasar pedoman.....



arief maher
3.10pm
23hb Ogos 2010

.....menyapa rasa.



dengan aksara...
tanpa suara...
dia menyapa...
menguis lara...
menampi dura..
antara rasa.

berkisar cerita...
ehwal semasa..
tentang kerja...
perihal keluarga...
anak berapa..
pria dan dara..
berkenaan dia..
di hati bertakhta.

tanpa cuba...
memutar masa..
mengenang seketika..
detik bercinta..
berbunga asmara..
memori duka..
jodoh tiada.
.
.
.
usai bicara...
rindu pun sirna..
bersama maya.



arief maher
12.55am
24 Ogos 2010

Sunday, August 22, 2010

.....CUCUR @ CUCOQ BADAK.

Mmmm......rasa macam dah lama tak buat dan tak makan kuih cucoq badak ni. Tiba-tiba rasa teringin laa pulak memandangkan ubi keledek pun dah ada. Niat asalnya nak jadikan keledek tu....kuih keria untuk anak-anak. Mujoq laa dapat anak-anak yang jenis tak kesah dan tak cerewet mak depa masak apa-apa pun.....lagi pun, kuih coq badak ni....antara yang menjadi kegemaran depa jugakk.


                                               siap digoreng....tunggu untuk di 'ngap'......



                                               cucoq badak yang belom digoreng......



Untuk doh :

keledek - rebus dan lenyek
tepung gandum
sedikit garam
minyak masak - untuk menggoreng



Kecuali minyak masak, gaul rata semua bahan untuk membentuk doh. Kalau rasa doh tu lembik dan masih dok melekat kat tangan.....tambah laa tepung sedikit demi sedikit tapi jangan sampai terlajak tepung pulakkk. Tak pasal2 nanti....keras jadinya cucoq badak tu bila digoreng nanti.

Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat....agak-agak lerr sama ada nak sebesar bola golf.....bola pingpong @ bola tennis. Leperkan dan isikan inti di tengah-tengahnya....tutupkan dan bulatkan kembali doh.

Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. 
Angkat dan tos.
Sedia untuk dihidangkan.




inti cucoq badak......


Untuk inti:

½ biji kelapa parut 

100 gram udang kering - ikut kadar kepedasan anda....rendam dan kisar
1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
7 tangkai lada merah
1 cm halia
1 batang serai

 
--------kisarkan semuanya. Terpulang pada anda sama ada nak guna batu penggiling @ blender.

1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan gula
½ sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak

Cara nak buat inti:

Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar.
Masukkan kelapa. Kacau rata. Masukkan garam n gula. Kacau2 selalu. 

Bila inti dah agak2 kering...... tutup api dan ketepikan.










Wednesday, August 4, 2010

.....perlu apa.



perlu apa kecewa dan patah hati
kerana dunia masih luas menanti
pun masih menarik untuk diterokai
sarat kisah kehidupan dengan makna tersendiri
yang telah ditentukanNYA buat kita akan warna-warni
yang adil padaNYA buat kita melakar kanvas perjalanan diri
antara potret dugaan yang hakiki
antara lanskap redha yang abadi....


perlu apa meletihkan diri
setakat menghuraikan kekusutan di hati
sekadar menampilkan kelebihan peribadi
pada telinga yang sekian lama tuli
pada mata yang tiada keupayaan jauhari
ikhlas hanya padaNYA yang Mengetahui
hikmah hanya padaNYA yang Memliki


biarkan airmata tawakkal membasahi pipi
biarkan senyuman taqarrub merias diri
kerana akan tiba masanya....
hidupmu akan sentiasa dirahmati
sampai saatnya...
hidupmu akan sentiasa diberkati........!



arief maher
4hb ogos 2010
4.20pm



---> buat seorang rakan....ja MT

.....istimewanya WANITA.



* Doa wanita lebih makbul berbanding lelaki disebabkan sifat penyayang yang dimilikinya. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

* Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

* Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

* Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

* Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.

* Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.

* Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

* Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

* Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

* Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu syurga yang dikehendakinya dengan tidak dihisab.

* Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

* Aisyah r.a. berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW, "Suaminya...." Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya...."

* Perempuan apabila sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya...masuklah dia dari pintu syurga yang mana dikehendakinya.

* Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

* Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

* Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

* Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

* Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberikan satu kebajikan.

* Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

* Rasulullah SAW menjelaskan berapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya, Allah SWT memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah SWT berikan kepada kaum lelaki yang mati syahid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan berapa besar harkat yang Allah SWT dan Rasul-NYA berikan kepada kaum wanita.



Alangkah bertuahnya kita yang dilahirkan dan bergelar wanita. Oleh itu....banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi apa juga cabaran dan dugaan yang diberikanNYA dalam melayari kehidupan di dunia ini.