SUBUH | |||||||||||||||||||||||||||
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s. Iaitu tatkala baginda | |||||||||||||||||||||||||||
keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan | |||||||||||||||||||||||||||
baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar, Nabi Adam a.s pun | |||||||||||||||||||||||||||
bersembahyang 2 rakaat. | |||||||||||||||||||||||||||
Rakaat pertama | : Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam. | ||||||||||||||||||||||||||
Rakaat kedua | : Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma. | ||||||||||||||||||||||||||
DZOHOR | |||||||||||||||||||||||||||
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Dzohor ialah Nabi Ibrahim a.s. Iaitu tatkala | |||||||||||||||||||||||||||
Allah s.w.t telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang | |||||||||||||||||||||||||||
seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim 4 rakaat. | |||||||||||||||||||||||||||
Rakaat pertama | : Bersyukur bagi penebusan. | ||||||||||||||||||||||||||
Rakaat kedua | : Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. | ||||||||||||||||||||||||||
Rakaat ketiga | : Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah. | ||||||||||||||||||||||||||
Rakaat keempat | : Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas. | ||||||||||||||||||||||||||
ASAR | |||||||||||||||||||||||||||
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s. Iaitu tatkala | |||||||||||||||||||||||||||
baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus | |||||||||||||||||||||||||||
a.s di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus | |||||||||||||||||||||||||||
a.s lalu bersembahyang 4 rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah s.w.t daripada | |||||||||||||||||||||||||||
4 kegelapan iaitu…. | |||||||||||||||||||||||||||
Rakaat pertama | : Kelam dengan kesalahan. | ||||||||||||||||||||||||||
Rakaat kedua | : Kelam dengan air laut. | ||||||||||||||||||||||||||
Rakaat ketiga | : Kelam dengan malam. | ||||||||||||||||||||||||||
Rakaat keempat | : Kelam dengan perut ikan Nun. | ||||||||||||||||||||||||||
MAGHRIB | |||||||||||||||||||||||||||
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s tatkala baginda | |||||||||||||||||||||||||||
dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah | |||||||||||||||||||||||||||
terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa a.s lalu bersembahyang 3 rakaat kerana | |||||||||||||||||||||||||||
diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu… | |||||||||||||||||||||||||||
Rakaat pertama | : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah Yang Maha Esa. | ||||||||||||||||||||||||||
Rakaat kedua | : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam | ||||||||||||||||||||||||||
yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. | |||||||||||||||||||||||||||
Rakaat ketiga | : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, | ||||||||||||||||||||||||||
tiada dua atau tiga. | |||||||||||||||||||||||||||
ISYAK | |||||||||||||||||||||||||||
Orang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi | |||||||||||||||||||||||||||
Musa a.s telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya | |||||||||||||||||||||||||||
penuh dengan perasaan dukacita. Allah s.w.t lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya | |||||||||||||||||||||||||||
itu pada waktu Isyak yang akhir, lalu sembahyanglah Nabi Musa a.s 4 rakkat sebagai tanda | |||||||||||||||||||||||||||
bersyukur….. | |||||||||||||||||||||||||||
Rakaat pertama | : Dukacita terhadap isterinya. | ||||||||||||||||||||||||||
Rakaat kedua | : Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. | ||||||||||||||||||||||||||
Rakaat ketiga | : Dukacita terhadap Firaun. | ||||||||||||||||||||||||||
Rakaat keempat | : Dukacita terhadap anak Firaun. | ||||||||||||||||||||||||||
Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat semoga dengan memahami bacaan akan membuat | |||||||||||||||||||||||||||
kita lebih khusyuk dalam solat. | |||||||||||||||||||||||||||
Saturday, February 5, 2011
ASAL USUL SOLAT
Subscribe to:
Posts (Atom)