Wednesday, November 10, 2010

M. Nasir - Falsafah Cinta, feat. Rahim Maarof


perkembangan muzik semasa tanahair.....?? entah...! lama dah tak ikut segala rancangan tv yang berkaitan dengan muzik ni....makan puluh tahun laa jugak kutt rasanya. aku sendiri pun tak ingat bila tahun terakhir aku dok cokoh depan tv menikmati rancangan yang berkaitan dengan muzik dan nyanyian ni. waktu negara dilanda demam 'akademi fantasia'.....aku pulak dilanda kehairanan dan tertanya-tanya, tang mana yang seronok sangat program tu....? lengang segala Tesco....Mydin sebab ramai yang tak nak keluar rumah dengan alasan takut ketinggalan. mujoq aku, suami dan anak-anak tak dijangkiti demam tu.....hehehehe. 

mungkin jugak...aku ni tergolong dalam golongan yang  payah nak terima pembaharuan. masih dok rasa bangga dengan penyanyi dan muzik era 80an.....tapi betoi apaa! memang muzik tanahair zaman tu cukup meriah....dengan penyanyi nya...lagu-lagunya....kumpulan rocknya.....memang best! kalau tak best....takkan laa lagu-lagu di zaman tu diberikan nafas baru (konon-kononnya ler.....padahal sekarang ni, kebanyakan komposer dah takde idea yang sebetulnya).

80an......lima tahun pertama, aku berada di sekolah menengah. '81...srp. '83...spm. '85....stpm. lima tahun terakhir, aku habiskan di ipta. waktu tu...berapa kerat jer penyanyi solo dan kumpulan rock yang ada dalam list 'minat' aku. seingat-ingat aku....penyanyi solo yang berjaya berada dalam list aku....hanya 3 orang! 3 orang jerr.....!???? yuppp.....3 orang jer. M Nasir....Sudirman dan Ramlah Ram. dan kumpulan rock pulak.....uissh, banyak jugakkk. mmmm.....aku ni berjiwa rock ker...? andai aku dalam pemerhatian sesiapa pada waktu tu... memang di luar jangkauan akal yang aku ni seorang minah rock. tak terpamer langsung-langsung sama ada dari segi pemakaian...jauh sekali tingkah laku! memang pingitan habis-habisan aku ni....! aku paling minat dengan Wings...! lain-lain kumpulan yang tersenarai....Lefthanded. May. Bloodshed. BPR. Loving Born....waktu tu, Aris Ariwatan penyanyi kumpulan ni. lagi satu.....Alleycats! kenape....?? terasa sesuatu yang pelik ker....??? memang pelik sebab aku langsung-langsung tak minat dengan Search...! padahal....sikit punya gah ker diaorang waktu tu. maaf....memang aku tak minat dan tak suka cara nyanyi yang lebih ke hala terjerit-jerit. 

M Nasir...? entah....ada sesuatu tentang dia dan lagu-lagu dia....dari segi lirik dan irama. kumpulan Wings pada waktu tu....naik dengan lagu-lagu dari ciptaan M Nasir. masa tu....baik M Nasir mahupun Wings....lirik-lirik lagu diaorang banyak yang berunsurkan kemanusiaan....pasal sejagat....pasal masyarakat....pasal ketuhanan. takder lirik-lirik yang melankolik....jiwang-jiwang tangkap lentok...tangkap leleh....tangkap nangis....tangkap basah dan macam-macam tangkap lagi. era tu...cetak rompak berleluasa. mana-mana tempat pun ada. tapi...sebab kerana minat punya pasal.....kaset diaorang, aku beli yang original lagiii! hehehehehe. dan dengan radio double kaset brand Toshiba, kaler merah lagiii...pemberian pak tam ku....lagu-lagu M Nasir...Wings...BPR.....jadi peneman, di saat rehatku selepas puas menelaah. jadi pengisi ruang sepi dan rindu aku pada keluarga di waktu itu. kadang-kadang...diselingankan dengan irama hindustan dendangan Mohd Rafi.....yang sekali-sekala menjadi bahan kutukan oleh rakan-rakan sebilik yang lain.

mungkin jugak....dek kerana kagum dengan puitisnya lirik-lirik lagu M Nasir dan Wings....sedikit sebanyak menyumbangtambahkan lagi minat aku dengan puisi padahal aku bukan pelajar sastera. aku cuma minat dengan bahasa....sampai sekarang dan sampai bila-bila...!