Tuesday, November 16, 2010

....CEK MEK MOLEK LABU.




favourite suami sebetulnya....mungkin sebab ada gene kelantan dalam darah dia kutt....hehehehe. Selalu buat guna keledek tapi kali ni...guna labu, memandangkan labu yang beli minggu lepas belum digunapakai lagi. Dok terkedang kat dalam peti ais tu....sedikit sebanyak 'menyemakkan' mata jugak bila dah seminggu dok menengok benda ni kat dalam tu.

Untuk info....kuih cek mek molek ni lebih kurang macam kuih keria laa cuma bezanya....kuih cek mek molek ni, gula diletakkan dalam doh...ditutup dan dilonjongkan, kemudian digoreng. Dalam gambar ni pun....ada sebiji yang sengaja 'dibelah' dua. Nampak tak....gula cair yang kelihatan di tengah-tengah kuih ni. Sedangkan kuih keria pula....dibentuk seperti gegelang dan digoreng, kemudian disira dengan gula.



 


Bahan-bahan : 

labu @ keledek - direbus dan dilecek
tepung gandum - anggaran ikut lembut dan doh tidak melekat pada tangan.
gula
minyak untuk menggoreng
 

Satukan labu @ keledek yang sudah dilecek dengan tepung gandum...gaul2kan ikut kadar lembut doh @ sehingga doh tidak melekat di tangan.
Ambil adunan...saiz bebola tu agak2 seperti nak buat kuih cucoq badak....masukkan gula anggaran 2 sudu teh....tutupkan sepertimana cucoq badak dan kendian dilonjongkan atau dibujurkan. Goreng sehingga masak.....