Wednesday, August 4, 2010

.....istimewanya WANITA.



* Doa wanita lebih makbul berbanding lelaki disebabkan sifat penyayang yang dimilikinya. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

* Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

* Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

* Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

* Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.

* Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.

* Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

* Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

* Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

* Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu syurga yang dikehendakinya dengan tidak dihisab.

* Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

* Aisyah r.a. berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW, "Suaminya...." Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya...."

* Perempuan apabila sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya...masuklah dia dari pintu syurga yang mana dikehendakinya.

* Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

* Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

* Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

* Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

* Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberikan satu kebajikan.

* Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

* Rasulullah SAW menjelaskan berapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya, Allah SWT memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah SWT berikan kepada kaum lelaki yang mati syahid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan berapa besar harkat yang Allah SWT dan Rasul-NYA berikan kepada kaum wanita.



Alangkah bertuahnya kita yang dilahirkan dan bergelar wanita. Oleh itu....banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi apa juga cabaran dan dugaan yang diberikanNYA dalam melayari kehidupan di dunia ini.