Saturday, February 5, 2011

ASAL USUL SOLAT

































SUBUH


















Orang  yang  pertama  mengerjakan  sembahyang  Subuh  ialah  Nabi  Adam  a.s.  Iaitu  tatkala  baginda
keluar  dari  syurga  lalu  dihantar  ke  bumi.  Perkara  pertama  yang  dilihatnya  ialah  kegelapan  dan
baginda  berasa  takut  yang  amat  sangat.  Apabila  fajar  Subuh  telah  keluar,  Nabi  Adam  a.s  pun
bersembahyang  2  rakaat.
















Rakaat pertama         :  Bersyukur  baginda  kerana  terlepas  dari  kegelapan  malam.
Rakaat kedua :  Bersyukur  baginda  kerana  siang  telah  menjelma.







































DZOHOR

















Orang  yang  pertama  mengerjakan  sembahyang  Dzohor  ialah  Nabi  Ibrahim  a.s.  Iaitu  tatkala
Allah  s.w.t  telah  memerintahkan  padanya  agar  menyembelih  anaknya  Nabi  Ismail  a.s.  Sedang
seruan  itu  datangnya  pada  waktu  tergelincir  matahari,  lalu  sujudlah  Nabi  Ibrahim  4  rakaat.










Rakaat  pertama   :  Bersyukur  bagi  penebusan.




Rakaat  kedua      :  Bersyukur  kerana  dibukakan  dukacitanya  dan  juga  anaknya.
Rakaat  ketiga      :  Bersyukur  dan  bermohon  akan  keredhaan  Allah.

Rakaat  keempat  :  Bersyukur  kerana  korbannya  digantikan  dengan  tebusan  kibas.




















ASAR


















Orang  yang  pertama  mengerjakan  sembahyang  Asar  ialah  Nabi  Yunus  a.s.  Iaitu  tatkala
baginda  dikeluarkan  oleh  Allah  dari  perut  ikan  nun.  Ikan  nun  telah  memuntahkan  Nabi  Yunus
a.s  di  tepi  pantai  sedang  ketika  itu  telah  masuk  waktu  Asar.  Maka  bersyukurlah  Nabi  Yunus
a.s  lalu  bersembahyang  4  rakaat  kerana  baginda  telah  diselamatkan  oleh  Allah  s.w.t  daripada
4  kegelapan  iaitu….

















Rakaat  pertama    :  Kelam  dengan  kesalahan.




Rakaat  kedua       :  Kelam  dengan  air  laut.




Rakaat  ketiga       :  Kelam  dengan  malam.




Rakaat  keempat   :  Kelam  dengan  perut  ikan  Nun.























MAGHRIB

















Orang  yang  pertama  mengerjakan  sembahyang  Maghrib  ialah  Nabi  Isa  a.s  tatkala  baginda
dikeluarkan  oleh  Allah  dari  kejahilan  dan  kebodohan  kaumnya,  sedang  waktu  itu  telah  
terbenamnya  matahari.  Bersyukurlah  Nabi  Isa  a.s  lalu  bersembahyang  3  rakaat  kerana  
diselamatkan  dari  kejahilan  tersebut  iaitu…














Rakaat  pertama    :  Untuk  menafikan  ketuhanan  selain  daripada  Allah  Yang  Maha  Esa.
Rakaat  kedua         :  Untuk  menafikan  tuduhan  dan  juga  tohmahan  ke  atas  ibunya  Siti  Mariam


   yang  telah  dituduh  melakukan  perbuatan  sumbang.

Rakaat  ketiga      :  Untuk  meyakinkan  kaumnya  bahawa  Tuhan  itu  hanya  satu  iaitu  Allah  jua,


   tiada  dua  atau  tiga.
































































ISYAK


















Orang  pertama  mengerjakan  sembahyang  Isyak  ialah  Nabi  Musa  a.s.  Pada  ketika  itu,  Nabi
Musa  a.s  telah  tersesat  mencari  jalan  keluar  dari  negeri  Madyan,  sedang  dalam  dadanya
penuh  dengan  perasaan  dukacita.  Allah  s.w.t  lalu  menghilangkan  semua  perasaan  dukacitanya
itu  pada  waktu  Isyak  yang  akhir,  lalu  sembahyanglah  Nabi  Musa  a.s  4  rakkat  sebagai  tanda
bersyukur…..

















Rakaat  pertama   :  Dukacita  terhadap  isterinya.




Rakaat  kedua        :  Dukacita  terhadap  saudaranya  Nabi  Harun.


Rakaat  ketiga       :  Dukacita  terhadap  Firaun.




Rakaat  keempat    :  Dukacita  terhadap  anak  Firaun.

































Terbitkan  makna  dalam  kita  mengerjakan  solat  semoga  dengan  memahami  bacaan  akan  membuat
kita  lebih  khusyuk  dalam  solat.