Sunday, February 19, 2012
Saturday, February 11, 2012
........menggema rasa.
kala rasa dibaluti rindu
usah dipendam malu
laungkan namaku
di hujung bait ungkapmu
biar gemanya bertalu
menggegar segenap penjuru
menusuk kalbu
hingga lelap matamu
di hujung waktu......!
~arief maher~
Nov 15, 2011
1.18am
Friday, February 10, 2012
.........pintaku.
Pintaku
usah menyepi lagi
kerna diammu
menyeksa diri ini
lantaran terpaksa
menahan sebak di hati
dan tangis itu
hanya mampu kulepaskan
di kamar mandi
bersama siraman air.
Pintaku
usah menjauh lagi
kerna sepimu
memedihkan hati ini
lantaran terpaksa
menahan gelora di jiwa
dan rindu itu
hanya menjadikan aku
pada setiap detik
lebih menyayangimu.
Pintaku
usah sengaja lagi
mendiamkan diri
menyepikan hati
kerana tindakanmu
memeritkan sanubari
lantaran terpaksa
membantut gelisah di sukma
dan rasa itu
hanya mencambahkan lagi
bunga cinta
di antara kita......
~arief maher~
9 Feb 2012 10.44am
Pintakuusah menyepi lagi
kerna diammu
menyeksa diri ini
lantaran terpaksa
menahan sebak di hati
dan tangis itu
hanya mampu kulepaskan
di kamar mandi
bersama siraman air.
dan tangis itu
hanya mampu kulepaskan
di kamar mandi
bersama siraman air.
Pintaku
usah menjauh lagi
kerna sepimu
memedihkan hati ini
lantaran terpaksa
menahan gelora di jiwa
dan rindu itu
hanya menjadikan aku
pada setiap detik
lebih menyayangimu.
Pintaku
usah sengaja lagi
mendiamkan diri
menyepikan hati
kerana tindakanmu
memeritkan sanubari
lantaran terpaksa
membantut gelisah di sukma
dan rasa itu
hanya mencambahkan lagi
bunga cinta
di antara kita......
~arief maher~
9 Feb 2012
Wednesday, January 11, 2012
ayah....sesekali merinduimu.
sekali- sekala
rindu menerpa
begitu terasa
sebak di dada
mengingat dia
kenangan tinggalannya
segar di mata
paras rupa
terngiang di telinga
gelak suara
tersemat di jiwa
nasihat petua
sesungguhnya
tak mampu menyeka
alir airmata
saat dilanda
rindu padanya.............!
~arief maher~
Jan 10, 2012
Monday, January 9, 2012
Thursday, December 29, 2011
.......elegi rindu.
Dalam sepi...
suaraku berlagu gelisah.
Dalam diam...
kataku bersyahdu gundah.
Dalam sunyi...
rinduku berbaur resah.
kerna....
waktu bagaikan terhenti
di saat hati ini
turut, dikau bawa pergi.
mengharapmu kembali
bersama jambangan puisi
mewarna emosi
mengharum memori
terasa berkurun menanti.......!
~arief maher~
nov 7, 2011
Saturday, November 19, 2011
Saturday, October 29, 2011
Thursday, October 13, 2011
Tuesday, May 31, 2011
SAHABAT.......(2)
sahabat......
demi umur yang kian singkat
sama-sama kita merenungi hakikat
yang masa kita amatlah dekat
tertanya-tanya adakah kita sempat
bertemu dan berkumpul setempat
bercerita tentang kenangan yang terpahat
suka duka pahit manis kekal tersemat
antara rindu yang belum terubat
antara dendam yang dalamnya kesumat.....!!
demi umur yang kian singkat
sama-sama kita merenungi hakikat
yang masa kita amatlah dekat
tertanya-tanya adakah kita sempat
bertemu dan berkumpul setempat
bercerita tentang kenangan yang terpahat
suka duka pahit manis kekal tersemat
antara rindu yang belum terubat
antara dendam yang dalamnya kesumat.....!!
~arief maher~
Thursday, March 17, 2011
.......sepagi di Jabatan Pendaftaran Negara.
Mengemis waktu menanti gilir
dalam dingin nyaman hawa
berlapik empok labuh punggung
dan mata enak menjamu gelagat
antara sabar serta kalut
hiruk suara anak-anak melepas onar
di gemerlapan kilat marmar
yang langsung menguis jauh
nguap ngantuk mengiringi bosan yang cuba-cuba menyapa....!
~arief maher~
17hb. March 2011
Friday, March 11, 2011
MELUR JELITA DATANG.......JENG JENG JENG....!
Mengenali Melur Jelita di persada FB....sekaligus turut menarik diriku untuk mengikuti setiap luahan yang dicetuskan di blog beliau. Menarik dan bersahaja.....dan lain dari yang lain. Membawa pelbagai cerita dan petua buat kongsian bersama.....tanpa ada sekelumit jemu malahan dengan sendirinya, senyum hadir menghiasi durja......mengusir langsung-langsung muram yang cuba-cuba untuk mengintai.
Saturday, February 5, 2011
ASAL USUL SOLAT
| SUBUH | |||||||||||||||||||||||||||
| Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s. Iaitu tatkala baginda | |||||||||||||||||||||||||||
| keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan | |||||||||||||||||||||||||||
| baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar, Nabi Adam a.s pun | |||||||||||||||||||||||||||
| bersembahyang 2 rakaat. | |||||||||||||||||||||||||||
| Rakaat pertama | : Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam. | ||||||||||||||||||||||||||
| Rakaat kedua | : Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma. | ||||||||||||||||||||||||||
| DZOHOR | |||||||||||||||||||||||||||
| Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Dzohor ialah Nabi Ibrahim a.s. Iaitu tatkala | |||||||||||||||||||||||||||
| Allah s.w.t telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang | |||||||||||||||||||||||||||
| seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim 4 rakaat. | |||||||||||||||||||||||||||
| Rakaat pertama | : Bersyukur bagi penebusan. | ||||||||||||||||||||||||||
| Rakaat kedua | : Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. | ||||||||||||||||||||||||||
| Rakaat ketiga | : Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah. | ||||||||||||||||||||||||||
| Rakaat keempat | : Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas. | ||||||||||||||||||||||||||
| ASAR | |||||||||||||||||||||||||||
| Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s. Iaitu tatkala | |||||||||||||||||||||||||||
| baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus | |||||||||||||||||||||||||||
| a.s di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus | |||||||||||||||||||||||||||
| a.s lalu bersembahyang 4 rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah s.w.t daripada | |||||||||||||||||||||||||||
| 4 kegelapan iaitu…. | |||||||||||||||||||||||||||
| Rakaat pertama | : Kelam dengan kesalahan. | ||||||||||||||||||||||||||
| Rakaat kedua | : Kelam dengan air laut. | ||||||||||||||||||||||||||
| Rakaat ketiga | : Kelam dengan malam. | ||||||||||||||||||||||||||
| Rakaat keempat | : Kelam dengan perut ikan Nun. | ||||||||||||||||||||||||||
| MAGHRIB | |||||||||||||||||||||||||||
| Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s tatkala baginda | |||||||||||||||||||||||||||
| dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah | |||||||||||||||||||||||||||
| terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa a.s lalu bersembahyang 3 rakaat kerana | |||||||||||||||||||||||||||
| diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu… | |||||||||||||||||||||||||||
| Rakaat pertama | : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah Yang Maha Esa. | ||||||||||||||||||||||||||
| Rakaat kedua | : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam | ||||||||||||||||||||||||||
| yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. | |||||||||||||||||||||||||||
| Rakaat ketiga | : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, | ||||||||||||||||||||||||||
| tiada dua atau tiga. | |||||||||||||||||||||||||||
| ISYAK | |||||||||||||||||||||||||||
| Orang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi | |||||||||||||||||||||||||||
| Musa a.s telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya | |||||||||||||||||||||||||||
| penuh dengan perasaan dukacita. Allah s.w.t lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya | |||||||||||||||||||||||||||
| itu pada waktu Isyak yang akhir, lalu sembahyanglah Nabi Musa a.s 4 rakkat sebagai tanda | |||||||||||||||||||||||||||
| bersyukur….. | |||||||||||||||||||||||||||
| Rakaat pertama | : Dukacita terhadap isterinya. | ||||||||||||||||||||||||||
| Rakaat kedua | : Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. | ||||||||||||||||||||||||||
| Rakaat ketiga | : Dukacita terhadap Firaun. | ||||||||||||||||||||||||||
| Rakaat keempat | : Dukacita terhadap anak Firaun. | ||||||||||||||||||||||||||
| Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat semoga dengan memahami bacaan akan membuat | |||||||||||||||||||||||||||
| kita lebih khusyuk dalam solat. | |||||||||||||||||||||||||||
Subscribe to:
Posts (Atom)







