Sunday, July 11, 2010

........dengan wang.



DENGAN WANG anda boleh....,


membeli sebuah rumah tetapi bukan kediaman....
membeli sebuah jam tetapi bukan masa...
membeli sebuah katil tetapi bukan tidur...
membeli sebuah buku tetapi bukannya pengetahuan...
membeli kedudukan tetapi bukannya kehormatan...
membeli ubat tetapi bukannya kesihatan yang baik...
membeli hati tetapi bukan keikhlasan...
membeli kehidupan tetapi bukannya kebahagiaan apatah lagi keberkatan......

TENTANG KEUTAMAAN SEDEKAH........




Diriwayatkan, sesungguhnya Abdul'l-Lah bin Mubarak masuk ke kota Kufah dengan tujuan melakukan ibadah haji. Di situ ia melihat seorang wanita sedang membersihkan bulu itik. Dalam hatinya timbul dugaan bahawa itik itu sudah menjadi bangkai, lalu ia bertanya padanya...maka wanita itu menjawab,

"Ya, itik ini memang sudah menjadi bangkai dan aku ingin memakannya bersama keluargaku."

Abdu'l-Lah bin Mubarak berkata,

"Sesungguhnya Allah telah mengharamkan memakan bangkai."

Jawab wanita itu,

"Sungguh aku mempunyai anak-anak kecil, dan sudah tiga hari ini aku tidak menjumpai sesuatu yang dapat mereka makan."

Mendengar ucapan wanita itu, Abdu'l-Lah bin Mubarak pergi mengambil keledainya yang memuatkan makanan, pakaian dan perbekalan untuk pergi beribadah haji, lalu dibawanya ke rumah wanita itu. Diketuknya pintu rumah wanita itu, dan setelah dibuka..., ia berkata padanya,

"Ambillah keledai ini dan juga seluruh muatan yang ada padanya."

Kemudian ia pun pulang ke negerinya.

Selesai sudah musim haji dan pada suatu Subuh, secara kebetulan ia bertemu dengan rombongan haji sekotanya. Maka berbondong-bondonglah manusia untuk menghormati dan mengucapkan selamat atas kepulangan mereka dari menunaikan ibadah haji. Lalu ia pun berkata kepada mereka,

"Sesungguhnya aku tidak jadi melakukan ibadah haji tahun ini, kerana perbekalanku habis sebelum sampai ke tujuan."

Salah seorang di antara jemaah haji itu berkata...,

"Subha'l-Lah, bukankah aku telah menitipkan perbelanjaanku padamu, dan kita semua pergi bersama-sama?"

Yang lain berkata...,

"Bukankah kamu telah memberi minum padaku di tempat anu....?"

Yang lain menyambung...,

"Bukankah kamu telah membelikan untukku anu dan anu....?"

Abdu'l-Lah bin Mubarak menjawab, "Aku tidak mengerti semua yang kalian katakan itu."

Ketika tidur di waktu malam, ia bermimpi bertemu dengan orang yang berkata padanya.

"Hai Abdu'l-Lah! Sesungguhnya Allah telah menerima sedekahmu dan mengutus Malaikat menurut bentuk wajahmu, lalu melakukan haji sebagai ganti dirimu oleh sebab sedekahmu yang kamu keluarkan dengan keikhlasan hati dan kejujuran hatimu."

Wa'l-Lahu A'lam.


- dipetik dari kitab Penawar Kegundahan Hati, Asy-Syaikh Abdul Majid al-'Adawly -

Friday, July 9, 2010

........potong n siang.





dik.....timbang yer.

timbang jer.....tak yah potong ker kak...?

tak yah...timbang jerr. akak balik potong sendiri...kesian kat awak. bagi awak rehat skit...hehehehe

terima kasih kak.

aittt....kenape lakk nak berterima kasih?

terima kasih laa....sebab saya tak payah nak susah-susah nak potong ayam kakak yg 3 ekor ni..betul ker akak tak nak saya potongkan ayam-ayam ni...? saya tak kisah...memang keje saya pun....

alang-alang dah potong tu...tolong basuhkan sekali lerr, boleh?? hehehehehe.....
jangan maghah yer dik...akak gurau jerr.
takpe....takde hal. akak balik potong sendiri jerr......lagipun dah banyak ayam-ayam yang awak nak kena potong tu...

terima kasih banyak-banyak kak....

.
.
.
.

ikan-ikan ni nak siang sekali ker kak...?

ikan patin tu jer, siang.....potong 4 atau 5. yang lain-lain tu tak payah....

patin jerr...? lain-lain ni...timbang jer ker...?

yer...patin jerr. tapi kalau adik rajin...dan tak penat, siangkan sekali pun boleh. akak balik nanti, basuh jer tapi kalau tak siang pun...akak tak marah. akak balik siang sendiri jerr kat rumah. lagipun...banyak tu kalau nak siangkan...kecik-kecik pu
lak tu....laghat ker nak kelebek satu satu....hehehehe.

kalau akak dah cakap macam tu....terima kasih laa banyak-banyak.

takpe...takat-takat ikan temenung...selar...selayang...kerisi...cencaru...bawal tu...akak bulih siang sendiri. cuma yang besar-besar...yang sirip dan sisik yang keras-keras tu...kena bagi adik siangkan lerr....kat rumah takde pisau n golok besar.

.
.
.
.
.
.


awat mak tak biar jer abang tu potong ayam-ayam yang mak beli tu...? ikan-ikan tu pun...patutnya mak bagi jer abang tu siang sekali....senang sket.

takpe....dah banyak kan ayam-ayam yang tengah dok tunggu giliran nak kena potong. lagi pun kesian kat abang tu kan....tengok muka abang tu pun, nampak sangat dah penat.

tapi kan...kalau dah siap potong dan siang...kan senang. balik nanti....mak cuma basuh jer. takde laa amik masa lama-lama sangat....

alaaa....bukan lama mana pun. mana yang kita bulih buat sendiri....kita buat. mana yang tak bulih tuu....baru kita bagi kat abang tu, buatkan.

SAHABAT.........




sahabat....
sesekali berbeza pandangan
sesekali berlainan fikiran
sesekali bertingkah aliran
sesekali bercabang haluan...
namun jangan sampai..
yang manis jadi pahit
yang suka jadi perit
ada rindu yang tertampan
ada sayang yang terhumban.



arief maher
20hb. jun, 2010
1.40am

.......SEORANG DIA - 1


DIA....yang aku kenal 20 tahun dahulu, seorang yang terlalu ringkas. ringkas pakaiannya...ringkas makannya...ringkas kehidupannya...ringkas patah perkataannya. tiada temujanji di restoran makanan segera...apatah lagi di pusat beli-belah, jauh sekali ke taman-taman bunga. juga, tiada ungkapan penuh madah...tiada juga pemberian bermakna di hari-hari teristimewa. cuma satu...dia akan tiba dalam tempoh 10 minit, dari subang jaya ke ss2 andai sewaktu berbicara melalui telefon, mendapat tahu yang aku masih lagi berperut kosong kala tengahari mahupun malam. juga, tidak pernah membiarkan aku ke mana-mana berseorangan tanpa ditemaninya. pernah sekali..atas alasan tidak mahu menyusahkan dirinya, aku balik ke ss2 dengan menaiki teksi....dan tanpa aku sedari, rupa-rupanya teksi yang aku naiki diekorinya hingga aku selamat sampai ke depan rumah. cemburu....??? tidak sekali-kali...! dia tahu....sebelum dia, aku pernah berteman dan guraunya: mereka hanya peneman yang menemani tapi bukan pemilik yang memiliki.

DIA....juga tidak pernah menjanjikan apa-apa kerana katanya, dia tidak punya apa-apa untuk diberikan padaku selain hatinya dan dirinya.....serta kudratnya. apa yang ada padanya....itulah yang akan diberikan padaku. andai hidup bersamanya, penuh dengan dugaan dan cabaran...terima dengan penuh keredhaan dan andai dilimpahi rezeki...bersyukurlah dengan nikmat diberikan. janjinya cuma satu.....padaku akan diberikan, budi seorang suami!

........CERITA HATI



Semalam,
aku memaksa hati yang pilu
bingkas mengusir sayu itu
biar ia segera berlalu
agar jangan sampai ia bertamu
mengheret aku ke halaman sendu...



Hari ini,
aku memujuk hati yang hambar
agar cergas menjemput sabar
memenuhi ruang redha yang terhampar
biar segera ziarahnya hikmah yang berlegar
singgah menghimpun segala harapan tertebar
di tikar tawakkal tertib doa diujar
mohon kekuatanku tiada terlantar
walau sesekali cubaan datang mencabar
pinta keimananku terusan membugar
walau kekadang dugaan datang mencalar

dan aku....
berharap sentiasa dirahmatiNYA...Yang Maha Akbar...!




arief maher
7hb. Julai, 2010
shah alam

Thursday, July 8, 2010

..........pesan buat anakku. - 2


anak-anakku....
dalam menjalani kehidupan kalian di dunia ini, mak berharap agar kalian dapat menjadikan sebatang pensel sebagai contoh kerana padanya terdapat lima kualiti dan darinya, kalian akan dapat mempelajari sesuatu yang akan menjadikan kalian insan yang sentiasa redha dan tenang dengan kehidupan ini....

kualiti pertama
kalian akan berkemampuan melakukan perkara-perkara yang hebat, tetapi jangan kalian lupa yang ada suatu tangan yang mengawal pergerakan dan hidup kalian, iaitu tangan Allah (kuasa Allah). DIA sentiasa menunjukkan jalan yang lurus mengikut kehendakNYA.

kualiti kedua
Ada masanya, pensel akan berhenti menulis dan terpaksa diasah. Ini mungkin akan membuatkan pensel itu merasa tersiksa dan sakit, sebelum ia menjadi tajam semula. Maka anak-anakku...belajarlah untuk menghadapi cubaan dan dugaan kerana itulah yang akan membentuk sahsiah dan keperibadian kalian untuk menjadi seorang yang lebih baik.

kualiti ketiga
Pensel selalu membenarkan kita menggunakan pemadam untuk memadam segala kesalahan. Berbuat salah tidak bermakna kita jahat. Membetulkan kesalahan yang telah kita lakukan tidak sepatutnya menjadi satu perkara yang memalukan kerana melaluinya, kita mengaku yang kita telah berlaku silap. Malahan ia membantu kita untuk tetap teguh pada jalan yang berlandaskan kebenaran.

kualiti keempat
Apa yang penting dalam menentukan kualiti pensel bukanlah pada kayu dan hiasan serta warna luarannya tetapi terletak pada grafit yang ada di dalamnya. Maka itu anak-anakku....pastikanlah hati kalian sentiasa ikhlas dalam melakukan apa jua urusan dan pekerjaan. Jauhkanlah hati kalian dari sifat-sifat riak, iri dan hasad dengki.

kualiti kelima
Pensel akan meninggalkan tanda. Maka dengan itu anak-anakku, kalian mestilah sentiasa beringat dan tahu bahawa apa yang kalian lakukan dalam kehidupan kalian akan meninggalkan kesan yang akan membentuk masa depan kalian. Jadi, kalian perlu sedar dan peka serta berhati-hati dalam setiap tindakan yang diambil kalian.



ingatlah.....doa mak akan sentiasa bersama kalian.

PENDUSTA......sahabat iblis.

Iblis laknat telah menganggap dirinya lebih mulia daripada manusia dan enggan tunduk kepada Nabi Adam tetapi akhirnya terpaksa bertamu ke hadapan Nabi Muhammad SAW atas perintah Allah SWT untuk memberikan jawapan kepada setiap persoalan yang ditanyakan junjungan mulia. Bila ditanyakan bagaimana dia menggoda manusia, iblis menjawab;

"Tahukah kau Muhammad, dusta itu berasal dari diriku? Akulah makhluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku."

"Tahukah kau Muhammad, aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatiNYA. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gossip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku."

"Orang yang bersumpah menceraikan isterinya maka ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab, barangsiapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu sehingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat cerai."

"Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka melewatkan solat. Setiap kali ia berdiri untuk solat, aku bisikkan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu. Maka solat itu dipukulkan ke mukanya."

"Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya, lihat kiri dan kananmu....ia pun menoleh. Pada saat itu aku usapnya dengan tanganku dan aku cium keningnya serta aku katakan...solatmu tidak sah. Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul."

"Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Ia pun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia solat berjemaah, aku ikat lehernya dengan tali sehingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam atau meletakkannya sebelum imam. Kamu tahu bahawa melakukan itu membatalkan solatnya dan wajahnya akan diubah menjadi wajah keldai. Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya sehingga ia menguap dalam solat."

"Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan ia pun semakin taat kepadaku."

"Kebahagiaan apa untukmu sedang aku memerintahkan orang miskin supaya meninggalkan solat. Aku katakan kepadanya...kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang miskin dan sakit tidak wajib dan jika kehidupanmu telah berubah, baru kau solat. Ia pun mati dalam kekufuran. Jika ia mati dalam keadaan meninggalkan solat, maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan."

..........pesan buat anakku.


anakku.....

ketahuilah, "Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang baik terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya" ( H.R : al-Hakim )

anakku...pilihan sahabat kita sedikit sebanyak akan mencorakkan keperibadian kita. sahabat yang baik bukan sahaja berkongsi gelak tawa dengan kita malahan akan tetap bersama-sama kita di kala susah dan payah. jangan sampai tersalah memilih sahabat, kelak merana diri dek terpesong niat yang boleh membawa kepada hidup yang sesat. sahabat pilihanmu nanti biarlah yang mempunyai sifat-sifat seperti berikut:

1. DIA akan membantumu, kala engkau memerlukan pertolongan darinya..,
2. DIA akan menerima dengan baik, kala engkau menghulurkan suatu kebaikan
kepadanya...,
3. DIA akan menghargai kebaikanmu, kala engkau berikan bantuan kepadanya...,
4. DIA akan menutup aibmu, kala melihat sesuatu yang tidak baik darimu..,
5. DIA akan mengusahakannya, kala engkau meminta bantuan darinya...,
6. DIA akan menanyakan kesusahanmu, kala engkau mendiamkan diri menyembunyikan
kesusahanmu darinya....,
7. DIA akan meringankan susahmu, kala engkau ditimpa bencana....,
8. DIA akan melindungimu, kala engkau dicerca oleh rakan yang lain...,
9. DIA akan membimbingmu, kala engkau berada di laluan yang salah...,
10. DIA akan menasihati dan melarangmu, kala engkau melakukan perkara-perkara buruk
yang dilarang agama...,
11. DIA akan menjadi pendorongmu, dalam mencapai kejayaan di dunia dan juga
akhirat...,
12. DIA akan menghiburmu, kala engkau berada dalam kesedihan...,

dan, untuk engkau beroleh sahabat seperti itu...hendaklah engkau terlebih dahulu sanggup menyempurnakan diri menjadi sahabat orang lain.

anakku...hendaknya engkau berhati-hati dan seboleh-bolehnya menjauhkan diri dari bersahabat dengan:

- orang yang tamak, yang sedikit pemberiannya tapi banyak permintaannya serta
mementingkan diri sendiri.
- orang yang hipokrit, yang tidak sanggup membantu walaupun dia berupaya membantu.
- orang yang pengampu, yang tidak berani berkata benar pada kesalahanmu.
- orang yang lidahnya bercabang, yang berkata baik dan memujimu kala berada depanmu
tapi merendahkan serta mengkhianati amanahmu bila dibelakangmu.
- orang yang lalai dan leka, yang membawamu jauh dari Allah...yang tidak menambah
kebajikanmu di dunia apatah lagi akhirat.



anakku...pesanku hanya satu, bersahabatlah kerana Allah dalam mencari keredhaanNYA.

ketahuilah, engkau sentiasa berada dalam doaku....

-

Wednesday, July 7, 2010

RINDU.........bertamu lagi.


entah mengapa...tanpa diundang, rindu bertamu buat kesekian kalinya mengetuk lembut daun pintu ruang hati...memberi salam untuk santun bersimpuh di tikar kenangan. aku jadi termangu...antara mempersilakan datangnya atau sekadar menyambut lantunan salamnya lalu membiarkannya melepas lelah di tangga sepi. andai aku izinkan ia bersimpuh...aku perlu kuat untuk turut bersamanya di tikar kenangan itu kerana aku tahu, biarpun lembut elusannya...belaiannya namun bisa melontarkan hati ini ke belantara gundah. juga bisa melemaskan hati ini ke dasar resah.....!

rindu....
tanpa terlebih dahulu
mengucapkan salam
bertandang menjengah sepi
mendakap diri.....meruntun hati

lantas.....tanpa pamit
jala ingatan tertebar
pada detik-detik pahit...
menghantui tugu diri.
pada saat-saat manis...
tersipu di penjuru mata.
pada hari-hari suka...
menyendiri di rekahan bibir.
pada minggu-minggu duka...
terselit di butiran mutiara.

dan dalam diam-diam
harapan menghimpun
agar rindu segera permisi
setelah bunga-bunga kenangan itu ditaburkan
di perkarangan dada....
yang tiba-tiba
di landa ribut sebu.........
!



arief maher
22 februari 1988
lembah pantai